Pasukan PETRONAS Sprinta Racing Team bagi kelas Moto3 dan Moto2 telah menjalankan ujian pra musim persendirian mereka. Ujian ini telah mengambil tempat di litar halaman pasukan berkenaan, iaitu Litar Antarabangsa Sepang. Ujian ini telah diadakan sebelum bermulanya ujian pra musim Moto3 dan Moto2 rasmi di Jerez.
Tag: John McPhee
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…
Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019. Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1. Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.
Joan Mir (Leopard Racing) meneruskan penguasaannya pada musim ini dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam Moto3. John McPhee (British Talent Team) mendapat tempat kedua selepas pertarungan sengit dengan lima penunggang yang lain. Jorge Martin (Del Consa Gresisi Moto3) melengkapkan podium di tempat ketiga.