Geng Pencuri Motosikal Tumpas

Geng Dani yang mahir menghidupkan motosikal secara sambungan wayar dan membuka kunci pemegang menggunakan peralatan diubah suai sebagai ‘kunci utama’ akhirnya ditahan. Diketuai pasangan kekasih remaja yang aktif sejak awal tahun ini dan terbabit jenayah mencuri motosikal, geng ini telah ditumpaskan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Ketua Polis Daerah…

Hanya Kerana Larang Guna Motosikal, Anak Tergamak Ugut Bunuh Ibu Sendiri

Hanya kerana dihalang menggunakan motosikal, seorang lelaki bersenjatakan pisau sanggup mengugut mahu membunuh ibunya di rumah mereka di Bandar Perdana, dekat sini hari ini. Dalam kejadian 2 petang itu, lelaki berusia 20 tahun berkenaan baru tiba di rumah sebelum dia meminta untuk menggunakan motosikal milik ibunya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che…

Honda Civic Type-R Ditemui, Pemilik Serik Memandu Ke Malaysia Lagi

Selepas lima hari umpama mimpi ngeri, pemilik Honda Civic Type-R yang dicuri di Genting, Damien Yeo, akhirnya disatukan semula dengan keretanya pada Rabu (20 Julai). Namun, kegembiraan apabila dia dimaklumkan keretanya sudah ditemui ternyata agak singkat. Pihak polis Malaysia telah menemui keretanya di Kondominium Puteri Palma di Putrajaya, iaitu lebih kurang sejam dari Genting, dan…

Honda Civic Type-R Milik Warga Singapura Hilang Di Genting

Percutian hujung minggu ke Genting Highlands berakhir dengan tragedi untuk seorang lelaki warga Singapura yang keretanya dicuri. Damien Yeo, seorang eksekutif operasi berumur 28 tahun, telah memandu Honda Civic Type-R ke Genting Highlands bersama teman wanitanya dan dua lagi rakannya pada Jumaat lalu. Dia kemudian meletakkan kenderaannya di pusat beli-belah SkyAvenue kira-kira jam 12 tengah…

Padah Cuba Merasuah Polis RM200, Lelaki Ditahan

Seorang lelaki telah cuba untuk menyogok seorang anggota polis dengan wang tunai RM200 dan akibatnya telah diberkas di Kemaman. Dia telah cuba memberi rasuah itu sebagai dorongan melepaskan diri daripada pemeriksaan. Suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Pekan, Pahang tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 4.10 petang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan…

Akibat Cemburu, Motosikal Kekasih Bekas Isteri Dibakar, 34 Motosikal Hangus

Cemburu terhadap hubungan bekas isteri dengan salah seorang pemilik motosikal disyaki punca  suspek bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil. Tindakan membakar salah sebuah motosikal itu menyebabkan 34 buah motosikal pelbagai jenis yang berada di lokasi turut hangus terbakar.  Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad…

Remaja Mencuri EX5 Ditahan

Lima remaja lelaki berusia antara 14 hingga 16 telah ditahan setelah disyaki mendalangi kegiatan mencuri motosikal di sekitar daerah Ampang Jaya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah Ampang Jaya bermula jam 6.30 petang hingga 11 malam Rabu lalu. Susulan penahanan mereka,…

Remaja Perempuan 16 Tahun Ditahan Kelar Leher Pemandu E-Hailing

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberkas seorang remaja perempuan 16 tahun yang disyaki mengelar leher pemandu e-hailing warga emas. Menurut laporan, mangsa, 63, telah mengambil suspek di Tangkak, Johor lalu membawa ke Sentul, Kuala Lumpur, Rabu lalu. Bagaimanapun, sebaik tiba di destinasi, suspek enggan membayar tambang RM400 sekaligus memaksa mangsa memandu ke balai polis. Namun,…

Polis Buru Dua Lelaki Terlibat Dengan Sindiket Tipu Jual Kereta

Polis memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan kedudukan dua lelaki yang terlibat dalam kes sindiket penipuan penjualan kereta. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Chief Asst Comm, Fazlisyam Abd Majid berkata pihaknya sedang memburu dua lelaki setelah menahan dua lelaki lain minggu lalu. Menurut laporan The Star, polis kini sedang mencari S. Visvanathan, 34 tahun (gambar)…