Seorang lelaki berusia 18 tahun telah mengugut seorang pegawai JPJ dengan sebilah pisau setelah gagal ujian memandunya. Dia telah melakukan berbilang kesalahan trafik termasuklah melanggar lampu isyarat merah sewaktu ujian tersebut. Ini adalah kali ke-empat dia gagal ujian memandu.
Tag: Jabatan Pengangkutan Jalan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengeluarkan amaran buat bengkel motosikal dan para pemilik, melarang sebarang pengubahsuaian haram. Jabatan tersebut telah menahan 15 buah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah diubahsuai dalam satu operasi. Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan adalah bagi meningkatkan kelajuan puncak, serta ekzos yang terlalu bingit.
Kementerian Pengangkutan akan mula mengawasi harga yang dikenakan oleh institut pemanduan untuk lesen kereta dan motosikal. Bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, harga-harga ini akan dikawal selia bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan di seluruh negara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berjanji akan memeriksa perkara ini dan institut yang didapati bersalah akan dibatalkan lesen operasi mereka.
Moto Varese Asiatic Sdn Bhd (MV Agusta Malaysia) baru-baru ini telah melancarkan MV Agusta Lifestyle Centre yang baru yang terletak di Amari Business Park berdekatan dengan Batu Caves, Selangor. Pusat gayahidup/kedai konsep baru ini mengandungi bilik pameran MV Agusta dan juga pusat perkhidmatan untuk mengendali wilayah tengah Malaysia. Bilik pameran terkini ini sedang menawarkan…