Dainese Bakal Dijual?

Khabar angin yang mengatakan Dainese bakal dijual telah bertiup kembali. Pakar kelengkapan penunggangan premier dari Itali itu kini adalah milik Investcorp. Syarikat pelaburan itu dikatakan mahu wang tunai bagi 80% saham mereka dalam jenama berkenaan.