Jualan motosikal telah meningkat sebanyak 7.2% di Eropah, di mana 49% daripadanya adalah bagi motosikal elektrik. Kebanyakan pengeluar telah mula memperagakan keluaran serta tawaran mereka di pertunjukan motosikal Intermot 2018. Pengeluar motosikal elektrik terkemuka, Energica, telah melancarkan sebuah model motosikal lumba elektrik yang baharu.
Tag: Intermot 2018
Triumph telah mengemaskini model Triumph Street Scrambler 2019. Kemaskininya merangkumi bahagian casis ke enjinnya, hinggalah bahagian kosmetiknya. Kemaskini ini akan menjadikan motosikal ini jauh lebih menyeronokkan.
Motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 telah diperkenalkan di pertunjukan motosikal Intermot. Ia tampil dengan pelbagai kemaskini bagi memperbaharuinya dari model tahun 2016. Bahagian hadapannya juga telah direka semula dan kini dilengkapi dengan skrin TFT.
Triumph Street Twin 2019 menyaksikan motosikal berkenaan dikemaskini dengan spesifikasi yang lebih mengancam. Kini ia hadir dengan lebih kuasa, pengendalian yang lebih baik, serta kelengkapan baharu. Perincian dan kemasan baharu akan menjadikan motosikal baharu ini tampak lebih anggun.