Kumpulan-kumpulan bermotosikal telah melindungi masjid di seluruh New Zealand berikutan serangan masjid Christchurch. Serangan berkenaan terjadi pada 15 Mac 2019 di dua buah masjid di Christchurch, sewaktu Solat Jumaat. Kumpulan-kumpulan ini memberikan perlindungan kepada komuniti beragama Islam bagi membolehkan mereka beribadat dengan aman.