Kami telah berpeluang beramah mesra dengan sekumpulan penunggang Harley sewaktu Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Motosikal HTC. Ahli kumpulan ini kebanyakannya menunggang model Touring dan Softail kerana mereka aktif mengembara. Kelab ini juga bergerak aktif dalam acara kebajikan sewaktu mereka keluar berkonvoi.
Tag: HTC MC
Kelab Motorsikal Helang Malaysia (HTC MC) dikenali ramai atas usaha amal kebajikannya Baru-baru ini, mereka telah mendermakan sebuah mesin dialisis serba baru kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF). Kelab motosikal ini mempunyai ahli yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan juga golongan profesional yang amat meminati motosikal Harley dan juga usaha kebajikan.