Honda Thailand bersama bengkel modifikasi, Cub House telah berkerjasama dalam membangunkan Honda Monkey 125 edisi One Piece untuk pasaran negara itu. Menurut info, model Honda Monkey Edisi One Piece itu merupakan permintaan oleh pihak Honda Thailand sendiri. Ini bukan kali pertama Cub House menghasilkan model edisi khas seumpamanya kerana sebelum ini mereka juga memperkenalkan Monkey…
Tag: Honda Monkey
Ohlins Asia telah menghasilkan penyerap hentakan khas untuk motosikal ‘funbike’ Honda Monkey 125, hari ini. Meskipun Honda Monkey tidak mencapai populariti di Malaysia namun lain kisahnya di negara jiran, Thailand, dengan rata-rata menggunakan motosikal jenis ‘fun bike’ sebagai kaedah pengangkutan utama. Menyedari perkara ini, Ohlins, selaku peneraju utama dalam teknologi penyerap hentakan telah menghasilkan produk khas…
Pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, telah mengubahsuai sebuah motosikal Honda Monkey yang comel menjadi sebuah motosikal café racer. Ia kini tampak lebih gagah perkasa, namun pada masa yang sama, tidak hilang kecomelannya. Motosikal Honda Monkey adalah sebuah platform yang sesuai untuk pengubahsuaian.
Dalam masa beberapa tahun lagi, anda mungkin boleh membuat cetakan 3D kelengkapan anda sendiri. Sebuah firma reka bentuk Perancis, VIBA telah mencetak 3D komponen motosikal Honda Monkey ini. Komponen-komponen tersebut adalah buatan aluminium, dan bukannya dari plastik.
Model Honda Monkey yang ikonik akan membuat kemunculan semula dan ianya akan berada di Malaysia Motosikal Monkey yang baharu mungkin tampak retro namun ianya sebuah motosikal moden. Boon Siew Honda menawarkan motosikal ini dalam tiga pilihan warna yang menyeronokkan.
Honda Europe telah memperkenalkan Honda Monkey 2018 yang telah bersedia untuk dikilangkan. Motosikal Monkey 125cc yang baru ini bercirikan spesifikasi moden seperti meter LCD, lampu LED, ABS, IMU, dan fork terbalik (USD). Enjin satu silinder 125ccnya itu mampu menghasilkan sehingga 9.3hp dan 11Nm tork.
Pembina motosikal terkenal tempatan, Shawn Seelan dari Shawn Seelan Creations ingin menjual hampir ke semua motosikal buatan khasnya. Motosikal buatan khas yang terdiri daripada Honda Ruckus yang dikhususkan hinggalah Honda Motocompo dalam keadaan asli dan Suzuki Choi Nori, ke semuanya semestinya adalah motosikal yang teramat unik terutamanya di Malaysia ini. Untuk mengetahui dengan lebih…
Honda Monkey 125 Concept telah diperkenalkan pada minggu lalu di Vietnam Motor Show 2017 di Bandaraya Ho Chi Minh. Berdasarkan pada gambar-gambarnya, motosikal ini diasaskan daripada Honda MSX 125 terkini ataupun Honda Grom. Motosikal Monkey 125 ini tampak agak serupa dengan satu paten yang telah difailkan oleh Honda dalam bulan September tahun lalu.