Boon Siew Honda (BSH) telah mempratontonkan motosikal super naked, Honda CB1000R 2018, di Malaysia Autoshow 2018. Dikenali sebagai “Neo Sports Cafe”, motosikal CB1000R ini, dengan erti kata lain, adalah versi naked motosikal superbike, Honda CBR1000RR Fireblade. Harga rasmi bagi model ini belum dihebahkan lagi namun BSH telah mengandaikan yang ianya mungkin berada di paras RM80,000.
Tag: Honda CRF1000L Africa Twin 2018
Boon Siew Honda (BSH) telah mengesahkan bahawa skuter kembara terbaru mereka, Honda X-ADV 2018 akan ditetapkan harganya di bawah paras RM70,000. Berita ini telah disahkan pada hujung minggu lalu (Ahad, 4 Februari 2018), sewaktu pelancaran Pusat Honda BigWing di Setapak, Kuala Lumpur. Rangkaian motosikal Honda Africa Twin bermula dari RM80,000 yang mana ianya berada di…