Honda CB125X Dan CB125M Hampiri Proses Pembuatan

Apabila bercakap tentang motosikal 125cc, penekanan harus diberikan kepada reka bentuk jentera ekoran segmen tersebut lebih menarik perhatian golongan muda. Pada masa sama, kepelbagaian alat ganti ‘aftermarket’ di pasaran antara faktor utama jentera 125cc digemari pembeli muda. Sementara itu, jentera 125cc merupakan motosikal permulaan yang sesuai sebelum beralih ke jentera dengan enjin yang lebih besar….

Honda CB125X Concept – Masa Depan Motosikal Adventure-Touring?

  Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.