MotoGP Perancis 2018: Marc Marquez Memenangi Perlumbaan di Perancis; Rossi Memanjat Semula Tangga Podium!

Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan MotoGP ketiganya pada musim ini sewaktu Pusingan MotoGP Perancis 2018 semalam. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) mendapat tempat ke-dua sebagai penunggang Ducati terpantas. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) kembali semula ke atas podium walaupun bergelut dengan masalah pengendalian dan cengkaman.

MotoGP: Adakah Zarco Akan Berjaya Memenangi Perlumbaan Pertamanya Malam Ini?

Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) telah menghadiahkan kepada penyokong tuan rumah dengan Petak Pertama untuk perlumbaan malam ini. Marc Marquez (Repsol Honda) tidak jauh ketinggalan dan akan bermula dari tempat ke-dua. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) melengkapkan barisan hadapan bagi perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France yang akan berlangsung pada malam ini.

Helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 Diperkenalkan!

  Bersempena dengan perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France, HJC Helmets telah memperkenalkan helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 yang baru. Helmet sukan tercanggih mereka itu bercirikan watak popular dari filem Monsters, Inc. Harga bagi pasaran Amerika Syarikat untuk helmet RPHA 11 yang baru ini telah ditetapkan pada $599.99 (sekitar RM2,382).

MotoGP: Viñales merangkul kemenangan ke-500 buat Yamaha di Perancis; Marquez dan Rossi DNF

Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menunggang dengan hebat sekali semalam semasa HJC Helmets Grand Prix de France di Le Mans yang menjadikan 3 kemenangan dari 5 perlumbaan dalam musim ini. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) dan Marc Marquez (Repsol Honda) telah terbabas ketika perlumbaan semalam, memberi kesan kepada kedudukan tangga kejohanan mereka. Viñales kini mendahului…