Pandangan Pertama: Motosikal Cruiser Elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019!

Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.