Ketua pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal mengakui yang dia berasa “berang” dengan Hafizh Syahrin. Dia telah berkongsi perasaannya itu sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Hafizh Syahrin mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari teman sepasukan baharunya, Miguel Oliveira pada tahun ini.
Tag: Hafizh Syahrin MotoGP 2019
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.
Penunggang MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin akan terus bersama dengan pasukan Tech 3 bagi musim 2019. Pembaharuan kontrak selama satu tahun itu akan menyaksikan Hafizh bertukar ke jentera pengilang KTM bagi musim hadapan. Hafizh kini berada di kedudukan teratas di kalangan penunggang rookie musim ini.
Khabar angin mengenai kehadiran pasukan Petronas Yamaha MotoGP bagi musim 2019 telah mula tersebar baru-baru ini. Pasukan satelit Yamaha terbaru ini dikatakan bakal menggunakan khidmat Hafizh Syahrin bersama dengan Jorge Lorenzo. Pasukan baharu ini akan membantu MotoGP dalam menangani beberapa buah masalah yang sedang mereka hadapi buat masa ini.