Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan. Anugerah ini telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Shaharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bersempena dengan ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor. Hafizh Syahrin mencipta sejarah sebagai penunggang kelas premier MotoGP pertama negara.
Tag: Hafizh “Pescao 55” Syahrin
Sky Sport telah menyiarkan berita bahawa Hafizh Syahrin akan menyertai kelas MotoGP. Dia akan menggantikan Jonas Folger bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3. Sepang Racing Team sudah pun menandatangani Zulfahmi Khairuddin bagi menggantikan tempat Hafizh dalam Moto2.