Tag: guzzi
Moto Guzzi V9 Bobber Sport telah diperkenalkan di acara Intermot 2018. Ianya merupakan versi V9 Bobber yang lebih sporty. Model ini didatangkan dengan penyerap hentakan Öhlins dan pengemaskinian gaya.
Moto Guzzi telah memperkenalkan motosikal konsep, V85, sewaktu EICMA 2017. Motosikal V85 datang dalam bentuk sebuah motosikal dwi-sukan. Fail paten buat motosikal terebut telah didedahkan di atas talian.
Model Moto Guzzi V7 III Carbon Shine menampilkan kemaskini estetik pada rangkaian popular V7. Tiada perubahan dari segi prestasi pada motosikal ini, tetapi, ianya telah dilengkapi dengan bahagian karbon fiber untuk menyerlahkan lagi rupa parasnya. Hanya 500 unit yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan berkemungkinan ada yang akan tiba di tanah air kita.
Bergelar Moto Guzzi Vengeance Challenge Ride, Moto Guzzi Malaysia telah menganjurkan satu konvoi ke Pulau Pinang. Bulan Ramadan ini tidak menghalang para penunggang Moto Guzzi untuk menyertai tunggangan ini. Ianya satu konvoi yang menyeronokkan di mana para penunggang dapat menikmati kehebatan jentera mereka dalam pelbagai situasi yang berbeza.
Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario. Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia. Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).
Moto Guzzi Malaysia telah menjemput para pemilik Guzzi ke satu perjumpaan akhir tahun. Ianya merupakan sebuah platform untuk mendapat maklum balas dari pemilik baru dan juga yang sedia ada. Jabatan Selepas Jualan Moto Guzzi Malaysia juga turut hadir bagi membantu dalam perkara yang berkaitan teknikal.
Motosikal Moto Guzzi V9 Roamer dan V7 III Stone melengkapkan lagi rangkaian motosikal Guzzi. Moto Guzzi mengelaskan V9 Roamer sebagai sebuah motosikal buatan khas, dengan rekaan yang mengimbau kembali motosikal tahun 70-an. Motosikal V7 III Stone menjadi asas bagi pengkhususan.