Suzuki telah memfailkan sebuah paten motosikal lumba 300cc, diandai akan dinamakan sebagai GSX-R300. Segmen bawah 500cc merupakan segmen yang paling sengit dipersaingkan dalam pasaran. Suzuki merasakan yang pasaran motosikal kini sedang menuju ke arah motosikal berkapasiti lebih kecil dan lebih murah.
Tag: GSX-R
Khabar angin serta maklumat dari sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan yang sebuah Suzuki Hayabusa yang di-cas turbo bakal tiba pada tahun 2019. Suzuki akan menyambut ulangtahun ke-20 Hayabusa pada 2019 tetapi sejak kemunculan kali pertamanya pada 1999, ianya masih belum pernah melalui sebarang perubahan yang besar. Lebih daripada sebuah motosikal Suzuki yang di-cas…