Sempena meraikan ulang tahun ke-40 bagi casis Deltabox, Yamaha telah mendedahkan jentera prototaip XSR900 DB40 di Goodwood Festival of Speed, baru-baru ini. Dibangunkan daripada platform XSR900 sedia ada, DB40 ini tampil dengan ‘fairing’ separa ala ‘cafe racer’yang menonjolkan lagi elemen retro. Reka bentuk belakang juga berbeza berbanding versi standard namun tampak lebih klasik dan segar. …