GIVI Point Ketiga Dibuka Di Johor Bahru

GIVI Malaysia telah membuka satu lagi GIVI Point yang terletak di Johor Bahru berhampiran Jalan Tampoi. Ianya merupakan GIVI Point yang ketiga dilancarkan selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagi mereka yang membeli sebuah kotak dari GIVI Point Johor Bahru bermula sekarang hingga 19 Februari 2018 akan menerima sebuah unit lampu brek ketiga secara percuma.