Video Usikan Triumph Street Triple 2018 Ditayangkan – “Motosikal Hooligan Terhebat?”

Triumph Motorcycles telah menayangkan sebuah video usikan motosikal Triumph Street Triple 2018 terbaru mereka. Dibintangi Carl Fogarty dan Gary Johnson, motosikal Speed Triple terbaru telah dibayangkan sebagai “motosikal hooligan terbaik”. Skrin TFT yang serba baru telah kelihatan di dalam video tersebut dan maklumat tambahan akan disampaikan sewaktu pelancarannya pada 29 Januari 2018.