Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Kawasaki Ninja 650 dan Z650 yang baru telah menunjukkan betapa pesatnya perkembangan rangkaian motosikal 650 Kawasaki. Ianya kini bercirikan enjin, penggayaan, serta teknologi yang baru. Model-model terbaru ini melambangkan kesungguhan Kawasaki dalam mengejar kegemilangan merentasi rangkaian produk mereka.
Tag: ER-6f
Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal.