Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan model dua silinder 500cc KTM baharu. Dia juga turut mengatakan bahawa Bajaj akan mengilangkan motosikal baharu berkenaan. Pengeluar dari Austria ini ingin bersaing dengan pengilang Jepun dalam segmen yang sedang berkembang pesat ini.