BMW Motorrad dengan serta merta telah memperkenalkan secara rasmi model R 1250 GS dan R 1250 RT 2019 yang baharu. Kedua-dua buah motosikal ini akan dijana oleh enjin Boxer 1,254cc dengan Shift Cam baharu. Kedua-dua buah model ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan yang lain selain enjin tersebut.
Tag: enjin Boxer 1250cc
BMW Motorrad akhirnya telah memperkenalkan model R 1250 GS dan R 1250 RT baharu yang hadir dengan enjin Boxer yang baharu. Enjin 1,254cc yang baharu ini adalah versi Boxer 4-injap yang kelima. Ia tampil dengan peningkatan kuasa dan tork sehingga 14%, beserta pengurangan penggunaan bahanapi sebanyak 4%.
Desas desus mengatakan bahawa model R 1250 GS yang baharu akan dijana oleh sebuah enjin Boxer baharu dengan pemasaan injap boleh laras. Satu video promosi telah muncul di atas talian mengesahkan khabar angin tersebut. Video itu juga telah menunjukkan bagaimana teknologi “Shift Cam” berfungsi serta rupa GS yang baharu.
Enjin Boxer 1250cc serta motosikal yang telah dijananya telah dirombak semula pada setiap generasi. Dengan saingan sengit dari semua penjuru, ianya dikhabarkan bahawa BMW akan memperkenalkan model R 1250 GS pada tahun 2019. Model R 1250 RT yang baru telah dilihat menjalani ujian jalan raya.