Ke semua 11 pasukan telah pun mengesahkan diri bagi menyertai siri perlumbaan MotoE World Cup 2019 sewaktu pusingan MotoGP Qatar semalam. Wakil dari pasukan Tech3, LCR, Marc VDS, Pramac Racing, Angel Nieto, Reale Avintia, dan Gresini telah bertemu untuk satu taklimat semalam. Sky Racing VR46, Pons Racing, Dynavolt Intact GP, dan SIC Squadra Corse dari…
Tag: Energica Ego
Motosikal lumba elektrik MotoE World Cup 2019 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Enel telah diumumkan sebagai penaja rasmi bagi siri perlumbaan motosikal eletrik satu buatan ini. Motosikal superbike elektrik perlumbaan Energica Ego ini mampu menghasilkan 147hp dan 200Nm tork maksimum.
Dorna telah mengumumkan yang Michelin bakal menjadi pembekal tayar rasmi bagi siri perlumbaan FIM Moto-e World Cup 2019. Bakal menggunakan motosikal perlumbaan elektrik keluaran Energica, siri perlumbaan motosikal elektrik pertama seadanya di dunia ini akan mendapat sokongan padu dari pembekal tayar rasmi MotoGP. Memandangkan yang motosikal perlumbaan elektrik mungkin sekali akan mencecah 140hp dan…
Pengeluar motosikal elektrik yang bertapak di Itali, Energica, telah dipilih sebagai pembekal enjin tunggal bagi Moto-e World Cup 2019. Selepas beberapa perbincangan, motosikal Energica Ego telah terpilih sebagai motosikal perlumbaan asas yang menghasilkan sekitar 140hp dan 195Nm tork maksima. Siri perlumbaan yang baru itu dikatakan untuk menginovasikan lagi dunia perlumbaan motosikal dengan motosikal superbike…