Pengeluaran Motosikal Elektrik Indonesia Mencecah 1.4 juta Unit

Menurut laporan media, ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Indonesia semakin berkembang pesat dengan sokongan daripada 48 syarikat motosikal elektrik yang mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1.43 juta unit, menurut Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita. Kartasasmita menyatakan bahawa kementeriannya komited untuk mempercepat pembangunan ekosistem EV melalui penilaian dan penemuan inovatif. Beliau menekankan bahawa inisiatif ini sejajar…

Honda, Kawasaki, Suzuki, Dan Yamaha Bekerjasama Dalam Pembangunan Bateri Motosikal

Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.

Mugen Shinden Nana Diperkenalkan Bagi Mempertahankan Kejuaraan Isle of Man TT Zero!

Motosikal elektrik Mugen Shinden Nana telah dilancarkan bagi mempertahankan kejuaraan Isle of Man TT Zero pada tahun ini. Jentera perlumbaan elektrik generasi ke-tujuh itu dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang telah dipertingkatkan beserta 162hp dan 210Nm tork. Bruce Anstey, John McGuinness, dan Lee Johnston akan mengemudi motosikal Mugen Shinden Nana tersebut pada penghujung bulan Mei nanti.

Motosikal Off-Road Elektrik RM67,000, Cake Kalk!

  Sebuah syarikat dari Sweden, Cake, telah mencipta motosikal Cake Kalk, sebuah motosikal off-road elektrik yang merupakan gabungan sebuah basikal ‘mountain bike’ dan sebuah jentera motocross. Dengan berat hanya 70kg, motosikal ini dapat merentasi jarak sejauh 80km pada kelajuan tertinggi 80km/j. Setiap satu motosikal edisi terhad ini berharga €14,000 (RM67,164).

Cagiva Sedia Untuk Kembali Pada 2019

Berita yang telah tersebar dalam dunia permotosikalan telah mengandaikan kemunculan semula pengeluar dari Itali, Cagiva pada tahun 2019. Dimiliki oleh MV Agusta pada ketika ini, Cagiva akan dihidupkan semula sebagai jenama yang mengeluarkan motosikal elektrik. Model terbaru mereka akan dipersembahkan pada lewat tahun ini (kemungkinan paling cerah adalah sewaktu acara EICMA 2019).