Ducati Scrambler Icon 2019 Diperkenalkan!

Ducati Scrambler Icon 2019 telah diperkenalkan dengan pelbagai kemaskini yang berbeza. Antara kemaskininya adalah panel sisi aluminium baharu, lampu hadapan, pelana leper baharu, atur cara suspensi yang diperbaharui, dan lain-lain. Scrambler Icon baharu ini akan mula disediakan pada bulan November dalam dua pilihan warna; Atomic Tangerine dan Classic ’62 Yellow.