Ducati Peroleh Keuntungan Sebanyak 7% Pada Tahun 2018

Ducati telah memperoleh margin keuntungan sebanyak 7% bagi tahun 2018. Keuntungan itu diperolehi meskipun ketika kemerosotan global sebanyak 2.7% bagi pasaran motosikal melebihi 500cc dan kejatuhan sebanyak 9% bagi pasaran Amerika Syarikat. Walaupun hasilnya berkurangan, pengeluar berkenaan berjaya menggantikan kerugian dengan penjualan model bermargin lebih tinggi seperti Panigale.