Ducati Malaysia Raikan Buka Puasa Bersama Ducatisti Dan Kanak-Kanak CAKNE

Ducati Malaysia telah pun menganjurkan majlis buka puasa bersama lebih 300 pemilik Ducati di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad. Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan siaran langsung Kejuaraan Dunia MotoGP yang berlangsung di Litar Algarve, Portugal. Bagaimanapun, tumpuan utama majlis terarah kepada mengeratkan silaturahim antara pemilik motosikal Ducati di Malaysia di samping membantu mengukir senyuman…

450 Pemilik Ducati Meriahkan Mesyuarat Tahunan DOCM 2022 Di Sepang

Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) telah pun menyempurnakan Mesyuarat Tahunan Kali Ke-5 yang diadakan di Hotel Movenpick, Sepang. Mesyuarat Tahunan DOCM 2022 itu dianjurkan ahli DOCM dengan kerjasama Ducati Malaysia dan beberapa rakan sama lain termasuk Monster Energy, Shell dan Allianz. Turut hadir di acara tersebut adalah Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia),…

Ducati Malaysia Raikan Pemilik Pertama Panigale V4 SP 2021 – RM279,900

Ducati Panigale V4 SP telah pun mendarat di Malaysia dan selamat diserahkan kepada pemilik pertama, hari ini. Perkara itu diumumkan menerusi saluran media sosial Ducati Malaysia yang turut diraikan bersama pemilik pertama, Afiq Azhar. Turut bersama-sama sewaktu sesi penyerahan model edisi terhad itu adalah Pengurus Besar Ducati Malaysia, Dennis Michael dan Pengarah Ducati Penang, Kheoh…

Ducati Malaysia Raih Dua Anugerah Cemerlang Di Rantau Asia

Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang bagi rantau Asia menerusi anugerah ‘Best Commercial After Sales’ dan ‘Best Marketing Team’. Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pacific, Marco Biondi sewaktu Ducati APAC National Meeting ke-28. Sementara itu, Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael, meluahkan rasa berbesar hati terhadap pencapaian itu yang…

Ducati Multistrada V4 Kini Di Malaysia – Dari RM135,900

Ducati Malaysia menerusi Next Bike Sdn Bhd akhirnya merasmikan Ducati Multistrada V4 S untuk pasaran tempatan. Ducati Multistrada V4 S merupakan motosikal segmen adventure yang telah pun dilancarkan secara global menerusi Ducati World Premier hujung tahun lalu. Ducati Multistrada V4 S ini didatangkan dengan enjin serba baharu, dinamakan Granturismo V4 yang bersesaran 1,158cc yang menawarkan…

Ducati Monster Dan SuperSport 950 Baharu Bakal Tiba Di Malaysia – Dari RM7X,XXX

Ducati Malaysia dikatakan bakal melancarkan beberapa model baharu tahun ini bermula dengan Multistrada V4. Next Bike Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia telah pun membuka tempahan bagi Multistrada V4 S sebelum ini yang dijangka dilancarkan minggu depan. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, beberapa model baharu lain turut disebut akan dilancarkan antaranya Monster dan…

Pra-Tempahan Dibuka Untuk Ducati XDiavel Black Star 2021 – Dari RM161,900!

Diperkenalkan secara global pada lewat tahun lalu, Ducati Malaysia kini membuka pra-tempahan bagi XDiavel Black Star. Bagi tahun 2021, beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan bagi varian baharu XDiavel ini. Enjin Testastretta DVT yang telah direka semula ini menghasilkan 160hp (naik 8hp) pada 9,500rpm dan 127Nm pada 5,000rpm berbanding 152hp dan 125Nm sebelum ini. Antara langkah yang…

Jualan Motosikal Ducati Meningkat Bagi 6 Bulan Pertama 2021 – 34,485 Unit Dijual Seluruh Dunia

Ducati meneruskan trend jualan positif bagi separuh pertama 2021 apabila berjaya menyerahkan 34,485 unit motosikal kepada tangan pemilik baharu. Angka jualan tersebut sekaligus menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu mencatatkan peningkatan lebih 43 peratus dan 9 peratus berbanding tempoh sama pada 2020 dan 2019. Menurut Ducati, Jun merekodkan jualan paling cemerlang dengan 8,598 unit berjaya dijual…

DOCM, Ducati Malaysia Raikan Ramadan Bersama 50 Keluarga Asnaf

Menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma, Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) bersama Ducati Malaysia telah mengadakan program ‘Ramadan Basket’ untuk 50 keluarga ASNAF. Berjalan dengan pematuhan SOP ketat, program tersebut turut mendapat sokongan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Wilayah Persekutuan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Amal Ehsan Care. Program ‘Ramadan Basket’…