Ducati Hypermotard 950 2019 Diperkenalkan!

Ducati Hypermotard 950 2019 telah diperkenalkan sewaktu acara Ducati 2019 World Première baru-baru ini. Dilengkapi dengan enjin dwi silinder Testastretta 11º, 937cc, model Hypermotard 950 baharu ini menghasilkan 114hp dan 96Nm tork. Dua varian berbeza telah diperkenalkan, iaitu model Hypermotard 950 asas dan Hypermotard 950 SP.