Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-tiga pada hari Sabtu yang lalu. Sekitar 150 orang ahli kelab telah hadir dengan pelbagai jenis motosikal Ducati. Antara agenda mesyuarat ini adalah untuk mengenang kembali pencapaian mereka pada tahun lalu dan rancangan masa depan mereka.