Nampaknya khabar angin mengenai motosikal Ducati Streetfighter V4 yang telah tesebar sebelum ini ada kebenarannya. Satu temuramah baru-baru ini bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, telah membayangkan yang ianya bakal tiba. Dia menyatakan bahawa “ia (Streetfighter V4) akan tiba secepat mungkin!”
Tag: Desmosedici Stradale V4
Ducati sedang membangunkan lebih banyak motosikal kegunaan jalan raya janaan enjin V4. Mereka bakal melancarkan 29 buah motosikal baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Motosikal baharu ini juga bakal meliputi segmen yang tidak ditawarkan Ducati sebelum ini.