Negara Jerman Akan Gantikan Papan Tanda Jalan Raya Buatan Besi Dengan Buatan Plastik

Kita sebagai para penunggang motosikal telah sedia maklum buat sekian lama bahawa pertembungan dengan papan tanda besi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau pun kemalangan jiwa. PBB dan Kesatuan Eropah telah mengesyorkan yang papan tanda buatan besi dan penghadang dibuang. Negara Jerman menerajui usaha dengan menggantikan papan tanda buatan besi dengan buatan plastik.