Warga Asing Hampir Separuh Pengguna Bas Percuma

Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan bayaran terhadap warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas percuma GoKL di sekitar ibu kota. Ia berikutan pendedahan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaluddin Alias di mana hampir separuh daripada jumlah penumpang bas berkenaan ‘dikuasai’ warga asing. Jalaluddin ketika sesi soal jawab di Dewan Negara…

Bolot Parkir, Menyusahkan Orang Ramai

Sikap pentingkan diri segelintir penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara membiarkan kereta dan motosikal tersadai di tempat letak kenderaan bertahun-tahun menyusahkan ramai pihak, tambah pula lagi dengan masalah kekurangan tempat meletak kereta. Malah, bukan sahaja ia menyusahkan orang ramai, tetapi keadaan kenderaan yang dibiarkan hingga usang itu turut mengundang…

Kerajaan Kaji Guna Kamera Lalulintas Tangkap Pesalah Trafik

Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan unit siasatan polis trafik Kuala Lumpur kini dalam perbincangan untuk menentukan kebolehlaksanaan menggunakan kamera lalulintas sekitar bandar untuk menyaman pemandu yang melakukan kesalahan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaludin Alias ​​berkata kementerian akan membincangkan perkara ini dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi…

KL Banjir Kali Ketiga Sejak Disember, DBKL Digesa Pantau Sistem Saliran

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Menteri Wilayah Shahidan Kassim untuk menggunakan sumber yang ada untuk melakukan pembersihan sewajarnya di sekitar Kuala Lumpur ekoran banjir kilat yang berlaku pada Isnin. Insiden banjir kilat pada Isnin merupakan yang ketiga berlaku di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu. Susulan kejadian berulang itu, Fahmi berkata masalah tersebut…

Penurunan Had Laju Kenderaan Bakal Dicadangkan

Cadangan menurunkan had laju kenderaan daripada 50km/j kepada 30km/j di beberapa kawasan di pusat bandar akan dibentangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bulan hadapan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias ​​berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) masih dalam proses menetapkan butiran cadangan itu. “Pengumpulan dan analisis data akan dijalankan dan…

‘Shibuya Crossing’ Dah Siap Di Bukit Bintang

Bagi yang nak merasakan pengalaman melintas jalan seperti di Shibuya, Jepun, orang ramai boleh ke Bukit Bintang bagi melihat tempat pejalan kaki baharu disiapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut DBKL tempat pejalan kaki itu baharu itu membenarkan orang ramai melintas ke setiap arah secara serentak ketika lampu merah berbanding sebelum ini. Pertambahan tempat pejalan…

Bagi Tahu Kami Jika Ada Jalan Berlubang – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai untuk menghubungi pihaknya sekiranya mengesan sebarang kerosakan jalan raya. DBKL menerusi perkongsian di Facebook memuat naik kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin lewat malam, 6 Januari lalu. Bagi tahu kami… Kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan…

Trend Sewa Petak Parkir Untuk Kegunaan Sendiri Cetus Masalah – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan merombak kriteria kelayakan untuk memohon tempat letak kereta khas di sekitar Kuala Lumpur. Pada awalnya, sebanyak 3,000 petak – daripada 40,000 – telah diperuntukkan sebelum DBKL mengarahkan pengurusan parkir Vista Summerose Sdn Bhd untuk menggantung sebarang permohonan untuk menyewa parkir, hujung tahun lalu lantas meyerahkan parkir tersebut untuk kegunaan…