Sebuah mahkamah di Jerman telah memihak kepada Dainese dalam kes saman pencabulan paten menentang Alpinestars. Mereka pada mulanya telah menyaman Alpinestars pada tahun 2015 kerana menggunakan sebahagian daripada ves D-Air Dainese dalam rekaan ves Tech-Air Alpinestars tanpa bayaran untuk paten berkenaan. Mereka juga turut memfailkan litigasi di Itali, UK, dan Perancis.