Motosikal Off-Road Elektrik RM67,000, Cake Kalk!

  Sebuah syarikat dari Sweden, Cake, telah mencipta motosikal Cake Kalk, sebuah motosikal off-road elektrik yang merupakan gabungan sebuah basikal ‘mountain bike’ dan sebuah jentera motocross. Dengan berat hanya 70kg, motosikal ini dapat merentasi jarak sejauh 80km pada kelajuan tertinggi 80km/j. Setiap satu motosikal edisi terhad ini berharga €14,000 (RM67,164).