GP British 2018 telah dibatalkan akibat sistem saliran yang kurang memuaskan dan lapisan asfalt baharu di Litar Silverstone. Perlumbaan kelas Moto3 dan Moto2 yang sepatutnya berlangsung sejurus selepas perlumbaan MotoGP juga terpaksa dibatalkan. Ini merupakan pembatalan perlumbaan pertama dalam 38 tahun.
Tag: British GP
Andrea Dovizioso (Ducati Team) telah merangkul kemenangan MotoGP keempatnya di GP British semalam yang diadakan di Litar Silverstone. Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) dengan percaturan tayar belakang lembutnya telah membuahkan hasil apabila dia merentasi garisan penamat di tempat ke-dua di hadapan teman sepasukan, Valentino Rossi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga. Marc Marquez (Repsol…
Perlumbaan MotoGP di Silverstone pada hujung minggu ini akan menyaksikan satu prosedur pertukaran motosikal ‘flag-to-flag’ yang baru akan diuji oleh sebab factor keselamatan. Arahan Perlumbaan serta Suruhanjaya Keselamatan telah memutuskan untuk menguji satu sistem baru di mana penunggang yang ingin menukar motosikal perlu masuk ke hadapan paddock mereka pada sudut 45 darjah ke dalam…