BMW Motorrad telah pun memperkenalkan BMW R nineT 100 Years edisi terhad sempena meraikan ulang tahun jenama motosikal Jerman itu, pada Disember tahun lalu. Menurut BMW Motorrad pada waktu itu, hanya 1,923 unit dihasilkan untuk pasaran global. Menariknya, daripada jumlah itu, 10 unit kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga RM129,500. BMW R nineT 100…
Tag: BMW R NineT
Auto Bavaria BMW Motorrad telah menganjurkan sebuah konvoi buat para pemilik R nineT ke acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018 di Melaka. Tiga puluh orang penunggang telah mengambil bahagian dalam tunggangan ini. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan telah diadakan selain daripada tunggangan tersebut buat para peserta.
Membina motosikal buatan khas tidak semesti bermakna anda seharusnya ‘membogelkan’ motosikal kesayangan anda. Konsep ini telah didemonstrasi di sini oleh binaan BikeBiz ini, BMW R nineT Sun Kist. Satu pilihan yang menarik buat para pemilik BMW R nineT dan R NineT Racer.
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan bahawa keluarga Heritage R nineT mereka telah pun lengkap dengan lima buah model. Ia juga bermakna bahawa tidak akan ada tambahan yang baru dalam rangkaian R nineT. Mereka juga turut melaporkan peningkatan jualan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama tahun 2018 dengan jualan 18,627 unit.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal BMW R nineT Racer adalah motosikal cafe racer dalam rangkaian motosikal R nineT. Ianya sebuah motosikal moden retro yang bersusur-galur dari motosikal R90S. Pengendalian yang baik, enjin yang penuh dengan daya kilas, serta rupa paras yang menawan adalah tanda pengenalannya.
BMW Motorrad kini telah memperkenalkan BMW Motorrad Spezial; satu rangkaian kelengkapan khusus istimewa bagi model-model Touring dan Heritage keluaran mereka. Kelengkapan yang dikhususkan itu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengkhususan motosikal dan juga bagi para pelanggan yang ingin menghiasi motosikal kesayangan mereka dengan sentuhan tersendiri. Rangkaian Spezial ini dikatakan akan boleh didapati…