“Kami telah memperkenalkan sedan sport premium generasi ketujuh yang terlaris di dunia pada awal tahun ini, lalu mengukir tanda aras yang baharu dalam segmen kenderaan berkenaan,” demikian kenyataan dibuat Pengarah Urusan, BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl. BMW 330i M Sport – yang dipasang di Kulim, Kedah – dijangka akan meningkatkan lagi permintaan model tersebut yang…
Tag: BMW Group Malaysia
Kereta yang BMW dakwa menggunakan 95 peratus bahan boleh kitar semula kini boleh didapati di semua pengedar BMW terdekat. Walaupun direka dengan tujuan utama menghasilkan ‘zero emission’ atau karbon sifar, model baharu ini turut dihasilkan dengan kebolehan kitar semula. Bahagian dalam menggunakan 80 peratus bahan kitar semula dan bahan yang boleh diguna semula. Bahagian tempat…
Setelah dipertontonkan kepada orang ramai Mac lalu ketika pelancaran BMW 3 Series, BMW Malaysia akhirnya melancarkan secara rasmi BMW Z4 serba baharu, hari ini. BMW telah mengekalkan identiti ‘sport roadster’ yang sememangnya sinonim dengan model Z4 seperti sebelum ini namun reka bentuk casis dan rekaan keseluruhan ternyata membuatkan model ini lain daripada yang lain. Pengarah…
BMW Malaysia memperkenalkan BMW M2 Competition serba baharu, sebuah jentera premium berkuasa yang bakal mengubah segmen kereta sport dan mengujakan peminat yang dahagakan keterujaan maksima. ` Pengarah Urusan, BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata,”M adalah simbol kuasa untuk sekian lamanya. Setiap kali generasi M baharu dilahirkan, petanda aras baharu turut dicipta. “BMW M2 Competition merupakan…
Menyedari kepentingan menjaga keselamatan anak kecil ketika di dalam kereta, BMW Malaysia bersama-sama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation memperkenalkan program subsidi kerusi kanak-kanak. Menerusi program BMW Safety 360 edisi kelima, BMW Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Childline Foundation bagi melancarkan kempen ‘Dari Hari Pertama’ yang mensasarkan terhadap kepentingan kerusi kanak-kanak. Mendapat sokongan Chicco Malaysia,…
BMW Group Malaysia dengan kerjasama dengan ParkEasy, Shell Malaysia dan Sunway Group memperkenalkan Reserve + Shell Recharge Bays sekaligus membuktikan komitmen BMW untuk menerajui industri automotif di Malaysia dengan Electro-Mobility (e-mobiliti). Pelancaran pusat pengecas Reserve + Shell Recharge Bays adalah sebahagian daripada usaha BMW untuk terus menerajui e-mobiliti di Malaysia. Penyediaan kemudahan ini penting bagi…
BMW Malaysia turut memperkenalkan BMW X5 dan X2 M35i setelah selesai melancarkan BMW X4 di majlis berbuka puasa anjuran BMW Group Malaysia, malam tadi. Versi baharu bagi Sports Activity Vehicles (SAV) dan Sports Activity Coupe (SAC) ini kini tampil lebih berkuasa dan bergaya bagi mereka yang mencari keterujaan tanpa perlu mengorbankan identiti BMW. “Dalam tempoh…
BMW Group Malaysia melancarkan BMW X4 serba baharu dalam satu majlis buka puasa yang berlangsung malam semalam. Model berkonsepkan Sports Activity Coupe (SAC) itu kini didatangkan dengan pemanduan yang lebih dinamik, reka bentuk menarik dan teknologi baharu yang dikemaskini. “BMW X4 menetapkan petanda aras baharu apabila julung kali diperkenalkan pada 2014 sebagai Sports Activity…
BMW Malaysia telah memperkenalkan buat julung kalinya model BMW i3s, sebuah Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) di Pameran Auto Malaysia 2019, MAEPS, Serdang, hari ini. Pengenalan model ini sekaligus memperkuat portfolio BMW sebagai pembekal kenderaan e-mobiliti yang terkemuka di Malaysia. Ketua Unit Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan melihat pelancaran ini sebagai satu kejayaan BMW dalam arena…