Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020. Berita ini telah disahkan oleh BMW Motorrad. Enjin prototaip tersebut pada waktu ini telah digunakan sebagai penjana kuasa bagi motosikal buatan khas.
Tag: BMW 1800cc Boxer
BMW Motorrad telah membuat satu usikan dengan sebuah enjin Boxer 1,800cc yang baharu. Pengeluar tersebut telah mengamanahkan Custom Works Zon untuk membina sebuah motosikal buatan khas bagi enjin tersebut. Khabar angin ada mengatakan bahawa BMW akan membina sebuah motosikal cruiser.