Jerangkap Samar Di Laluan Motosikal Hampir Memenggal Kepala Penunggang

Encik Afiq Izwan telah memuat naik status ke akaun Facebooknya bahawa dia telah menjadi mangsa sebuah jerangkap samar di laluan motosikal. Seutas tali pancing telah dipasang merentasi laluan motosikal, mencederakan lehernya dan merosakkan helmetnya. Lokasi kejadian ini adalah berhampiran dengan susur keluar Lebuhraya DUKE ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1, Gombak.