Pesaing Segmen ADV, QJMotor SRT800 Kini Di Malaysia – Dari RM38,888

Selepas kejayaan memperkenalkan QJMotor SRK600 baru-baru ini, MForce Bike Holdings terus memperkembangkan jenama QJMotor di pasaran negara menerusi SRT800. QJMotor SRT800 merupakan motosikal segmen ‘adventure tourer’ yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM38,888 bagi varian standard dan RM42,888 bagi varian X. Dikuasakan enjin parallel-twin 754cc DOHC, motosikal ini menawarkan 75.1hp pada 8,000rpm…

QJ Motor Dedah QJ650, Lancar Tak Lama Lagi – Enjin V-Twin 649cc, 75HP

Selepas Zhejiang Qianjiang memfailkan paten motosikal ‘adventure’ pada Oktober tahun lalu, pengeluar motosikal China itu akhirnya memaparkan rupa sebenar QJ650 di China. Imej QJ650 tersebut didedahkan menerusi permohonan paten terbaru yang difailkan di China yang turut mendedahkan beberapa info penting mengenai model terbaru itu. Berdasarkan laporan sebelum ini, QJMotor QJ650 disahkan akan dikuasakan enjin V-Twin…

Qianjiang Mula Bangunkan MV Agusta Lucky Explorer 5.5 Di China

MV Agusta mendedahkan dua model ‘adventure’ serba baharu sewaktu di pameran motosikal EICMA pada November tahun lalu. Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5 merupakan model yang akan diperkenalkan jenama Itali itu bagi tahun 2023. Bagaimanapun, 5.5 paling mencuri tumpuan kerana motosikal bersesaran 500cc itu dibangunkan hasil kerjasama dengan gergasi motosikal China, Zhejiang Qianjiang Motorcycle…

QJMotor SRK600 Dibuka Untuk Tempahan – RM35,888

Beberapa minggu lalu, kami melaporkan bahawa MForce Bike Holdings Sdn Bhd bakal memperkenalkan model pertama di bawah payung QJMotor, SRK600. Tidak lama kemudian, motosikal tersebut akhirnya membuat penampilan sulung di Malaysia, sewaktu pelancaran Benelli Best Shop Johor Bahru oleh TR Motorworld Sdn Bhd. Menurut info, tempahan juga dibuka bagi QJMotor SRK600 itu yang ditawarkan pada…

Paten Baharu Dedah Rupa Jelas Benelli TRK 702, Lancar Tahun Ini

Jenama Benelli kembali meningkat naik sejak diambil alih syarikat gergasi China, Qianjiang. Dibawah pengurusan baharu, ibu pejabat serta jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Benelli yang terletak di Itali meneruskan pembangunan beberapa model baharu sambil dibantu bahagian pembuatan dan pemasangan di China. Kolaborasi dua bahagian ini berjaya menghasilkan motosikal Itali dengan harga lebih rendah dan mampu…

Paten Baharu Sahkan Benelli Bangunkan Enjin V-Twin 1301cc

Januari lalu, Benelli telah pun memfailkan paten enjin terbaru yang merujuk kepada platform parallel-twin 799cc yang akan menggerakan model TNT akan datang. Rupa bentuk enjin tersebut juga tampak seiras dengan enjin KTM LC8. Dalam perkembangan terbaru, syarikat motosikal China, Qianjiang – yang juga pemilik kepada Benelli – telah memfailkan paten enjin kedua tahun ini yang…

‘Sportbike’ Benelli Tornado 650 Dan 550 Didedahkan

Beberapa tahun ini, anak syarikat Qianjiang Motorcycle, QJMotor telah pun memperkenalkan beberapa model baharu yang dijangka akan turut dibawa sebagai Benelli di pasaran lan. Perkongsian ‘teaser’ terbaru dari Benelli juga mengesahkan perkara itu apabila mendedahkan Tornado 650 dan 550 serta TNT 550. Menurut laporan, gambar ilustrasi model itu datang dari pihak Benelli sendiri. QJMotor dan…

SPY SHOT: Harley-Davidson 500cc Dikesan Di China

Baru-baru ini, Qianjiang Motorcycle telah pun memfailkan paten nama Harley-Davidson 338R di Amerika Syarikat sekaligus mengesahkan kehadiran motosikal berkapasiti kecil itu tidak lama lagi. Walaupun mengambil masa lebih dua tahun untuk kerjasama Qianjiang-Harley Davidson membuahkan hasil akhirnya perkembangan mengenai motosikal berkapasiti kecil sulung dari Harley-Davidson itu bakal direalisasikan. Seperti dilaporkan sebelum ini, HD 338R itu…

Benelli Bangunkan Enjin 400cc – Parallel-Twin, 45HP

Benelli didakwa sedang membangunkan enjin parallel-twin 400cc bagi menggantikan platform 300cc sedia ada. Perkara itu didedahkan menerusi dokumen paten terbaru yang difailkan di China yang turut memaparkan sebuah jentera Benelli BJ400J. BJ400J merupakan motosikal jenis ‘touring’ yang bakal dirasmikan penguatkuasa polis di negara itu menggantikan jentera 300cc yang memaparkan rekaan sama dan telah digunakan sejak…