Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan “Benelli Dynamite Track Day” pada hari Sabtu (17 Mac 2018), di Litar Kart Speedway PLUS di Subang Jaya. Acara ini telah diadakan bagi mempromosikan jentera terkininya, Benelli TNT 135 LE 2018. Hanya 1,000 buah unit sahaja akan dihasilkan pada harga RM9,988 (harga asas, tidak termasuk GST).