Bengkel Naik Air, 20 Motosikal Pelanggan Tenggelam Di Melaka

Pemilik bengkel motosikal di Kampung Paya Rumput, Tangga Batu, Melaka kerugian besar apabila bengkelnya ditenggelami air dalam bencana banjir kilat, pagi tadi. Mohd Fadhlan Jaafar, 36, memberitahu bahawa sebanyak 20 motosikal pelanggan telah tenggelam dalam kejadian tersebut yang hanya disedari sekitar jam 8 pagi. Lebih perit, daripada 20 motosikal tersebut, lima daripadanya telah pun selesai…

KL Banjir Kali Ketiga Sejak Disember, DBKL Digesa Pantau Sistem Saliran

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Menteri Wilayah Shahidan Kassim untuk menggunakan sumber yang ada untuk melakukan pembersihan sewajarnya di sekitar Kuala Lumpur ekoran banjir kilat yang berlaku pada Isnin. Insiden banjir kilat pada Isnin merupakan yang ketiga berlaku di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu. Susulan kejadian berulang itu, Fahmi berkata masalah tersebut…

Kereta Abang Viva Dalam Proses Restorasi, Ditaja Sepenuhnya Perodua

Siapa tak kenal Abang Viva? Hamba Allah yang mencuri tumpuan apabila giat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir kilat yang melanda negara bermula Disember lalu. Ke hulu hilir sambil memandu Perodua Viva dan beratapkan bot kecil, pengorbanan Abang Viva – atau nama sebenar Azwan Omar – sememangnya dihargai. Umum sedia maklum baru-baru ini Abang Viva telah…

Tebus Baucar Diskaun RM1,000 Di Pusat Servis Terpilih MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menerima Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia RM1,000 sebagai bentuk pembayaran di wakil pengedar yang mengambil bahagian. MODENAS dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa baucar tersebut boleh digunakan untuk tuntutan baik pulih motosikal persendirian yang rosak ekoran banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini. Orang ramai boleh menebus baucar…

Diskaun 50 Peratus Alat Ganti, Servis Tunda Dan Cuci Enjin Percuma – PROTON

Setelah menyedari tahap kerosakan akibat banjir yang dialami pemilik kereta Proton lebih signifikan dari jangkaan, PROTON membuat keputusan untuk meningkatkan bantuan untuk pengguna terjejas. Untuk itu, PROTON menawarkan diskaun 50 peratus bagi alat ganti terpilih untuk semua model KECUALI Proton X50 dan X70 yang ditawarkan diskaun sebanyak 25 peratus (naik 5 peratus dari sebelum ini)….

Banjir Lumpur Di Taman Sri Nanding Kerana Projek EKVE – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan projek Lebuhraya EKVE (Lebuhraya Lembah Klang Timur) antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Menurut beliau, keputusan pemantauan mendapati projek pembinaan tersebut telah menyebabkan sistem perparitan tersekat lantas mengganggu saliran air. “Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di…

50,000 Kereta Dijangka Dibiarkan Tersadai Pasca Banjir

Dijangkakan lebih 50,000 kereta yang ditenggelami air ekoran banjir besar yang melanda lapan negeri terutamanya di Selangor dan Pahang akan dibiarkan tersadai. Punca utama senario itu adalah disebabkan pemilik kereta perlu berdepan dengan kos tinggi bagi membaik pulih kenderaan. Penasihat Teknikal Automotif, Datuk Ir. Mohamad Dalib menjelaskan kos baik pulih tersebut merangkumi enjin, ECU dan…

Servis Percuma Bagi Pemilik Motosikal Modenas Terkesan Banjir

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) menawarkan perkhidmatan servis motosikal secara percuma bagi pemilik yang terkesan dengan banjir besar yang melanda negara ketika ini. Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada objektif ‘Kempen Servis Prihatin MODENAS’ yang memfokuskan terhadap usaha membantu membaiki motosikal agar dapat berfungsi semula. Kempen tersebut berlangsung hari ini sehingga 31 Disember 2021 di dua…