Reviu Modenas Pulsar NS200 ABS: Bukan Lagi ‘Aku Brek Sendiri’

Jangan salah faham, anda masih perlu mengenakan brek sendiri tetapi kali ini dipermudah dan lebih selamat dengan adanya ABS. Selepas beberapa tahun sejak Bajaj memperkenalkan Pulsar NS200 di pasaran Malaysia menerusi penjenamaan semula Modenas, akhirnya versi ABS diperkenalkan. Baru-baru ini, kami berpeluang menguji sendiri kemampuan versi ABS ini ketika sesi Media Ride yang dianjurkan Modenas…

Bajaj-Triumph Meterai Perjanjian, Fokus Hasilkan Jentera 200-750cc

Akhirnya, selepas dua tahun mengumumkan bakal menjalinkan kerjasama, Bajaj Auto dan Triumph  Motorcycle memeteraikan perjanjian pada 24 Januari lalu. Perjanjian terbabit menyaksikan Bajaj akan mengambil alih pengedaran Triumph di India dan akan memperkenalkan jenama Britain itu di pasaran dunia lain. Bagaimanapun, tumpuan utama terarah kepada penghasilan jentera segmen 200 hingga 750 cc dengan model pertama…

Bajaj Sah Bakal Perkenalkan Dominar 250 Tahun Ini!

Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj, mengesahkan pengeluar motosikal India itu akan memperkenalkan Dominar 250. Model baharu itu merupakan varian lebih kecil berbanding Dominar D400 sedia ada dalam pasaran. Pendedahan itu dibuat kepada The Hindu Business Line baru-baru ini dengan Rajiv Bajaj mendedahkan model serba baru itu akan diperkenalkan seawal bulan depan di India. Menurutnya,…

Bajaj Bakal Memperkenalkan Dominar 250?

Baru-baru ini beberapa imej yang memaparkan sebuah motosikal Dominar sedang menjalani sesi ujian di India. Apa yang menarik, jentera yang menjalani ujian itu mungkin tampak seperti Dominar D400 namun selepas penelitian, model tersebut menampilkan tayar yang lebih kurus sementara bahagian swingarm juga berbeza. Jadi persoalannya, adakah Dominar D400 akan diperkenalkan dalam versi 250cc? Di Malaysia,…

Modenas Powerstore Dapat Sentuhan Pakar!

Bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pemilik jentera Modenas Pulsar NS200, RS200, Dominar D400 dan V15, Modenas Powerstore kini berjaya mendapatkan khidmat pakar. Modenas Powerstore yang sebelum ini menggunakan perkhidmatan mekanik berpengalaman kini turut berjaya mendapat sentuhan seorang ‘master’mekanik. Memiliki pengalaman lebih 10 tahun bersama Modenas, Mohd Faisal Abdul Rahman, juga merupakan satu-satunya master mekanik di…

Harga Gila, Miliki Pulsar RS200 Serendah RM10,000!

Bagi yang mencari ‘isteri’ baru selepas 18 kali mencuba, percubaan kali ke-19 mungkin bawa tuah dengan Modenas Powerstore di Kota Damansara menawarkan harga istimewa bagi beberapa model Modenas. Modenas Pulsar RS200 kini ditawarkan dengan harga RM10,000 (sebelum cukai jalan dan insuran) berbanding harga asal RM11,342! KLIK SINI untuk baca lebih lanjut tentang Modenas Pulsar RS200,…

Apa Sebenarnya Fungsi ABS? Tanya Si Polan

Kebanyakan motosikal moden ketika ini didatangkan dengan Anti-lock Braking System (ABS) tetapi masih ada segelintir daripada penungggang motosikal yang tidak tahu apakah fungsi ciri tersebut. Bagi kami di MotoMalaya, sejak bertenggek di Modenas Powerstore Kota Damansara, rata-rata pelanggan yang masuk akan bertanyakan soalan ini, “Apa sebenarnya fungsi ABS?” Pada masa sama, ada juga yang mempersoalkan…

Bajaj Kongsi Platform Dengan KTM, Bangunkan Jentera Elektrik Bersama

Bajaj mencuri tumpuan apabila mengesahkan kerjasama dengan Triumph bagi menghasilkan jentera segmen kecil dan sederhana namun kali ini pengeluar motosikal India itu bakal meneruskan kesinambungan tersebut dengan anak syarikat, KTM bagi menghasilkan motosikal elektrik. Difahamkan, KTM akan mengguna pakai asas motosikal eletrik yang terdapat pada Bajaj Chetak bagi menghasilkan jentera mereka sendiri. Ketika ini KTM…

Bajaj Chetak Kembali Selepas 10 Tahun Menyepi

Selepas 10 tahun menyepi dalam arena skuter, Bajaj kembali menghidupkan Bajaj Chetak namun skuter popular di India itu kini membuat penampilan dalam versi elektrik. Sekali imbas, rekaan keseluruhan Chetak tampak sama seperti sebuah Piaggio Vespa ini kerana sebelum ini, Bajaj menerima perlesenan daripada Vespa pada 1970. Bagaimanapun, bermula 1980 hingga 2000, Bajaj dan Piaggio menamatkan…