Hafizh Kekal Di Moto2 Musim Depan

Hafizh Syahrin akan terus kekal beraksi di saingan Moto2 bagi musim 2021. Perkara itu disahkan sendiri pengurus Hafizh, Razmin Masli yang mendedahkan pihaknya telah pun selesai perbincangan dengan sebuah pasukan berpangkalan di Eropah. Menurut Razmin, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. “Kami akan umumkan dalam masa terdekat. Saya berharap dengan ini, Hafizh akan terus bersemangat…

Albert Arenas Ke Moto2 Dengan Aspar Team, Apa Nasib Hafizh Syahrin?

Pendahulu kejuaraan Moto3 ketika ini, Albert Arenas akan beraksi di Moto2 musim depan bersama pasukan semasa, Aspar Team. Dia akan digandingkan dengan Aron Canet yang ketika ini bersama Hafizh Syahrin di Moto2. Keputusan Aspar itu sekaligus menyaksikan Hafizh Syahrin diketepikan dari pasukan itu musim depan. Peluang untuk Hafizh kekal di Moto2 musim 2021 juga tampak…

GP Perancis: Hafizh Syahrin Turun Dengan Helmet Istimewa, Penghargaan Kepada Nenda Tercinta

Aksi MotoGP kembali hujung minggu ini di GP Perancis yang turut menandakan perlumbaan tiga minggu berturut-turut yang akan disusuli dengan GP Aragon dan GP Teruel. Bagaimanapun, bagi memberi semangat baharu kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, dia akan turut beraksi dengan helmet khas. Helmet SHOEI miliknya kini terpampang gambar kenangan bersama arwah nendanya, Allahyarham Arbaieah…

Kami Ambil Risiko Dengan Tetapan Baharu – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin bakal memulakan aksi di GP Republik Czech hari ini di kedudukan ke-4 setelah mempamerkan tunggangan mantap ketika sesi kelayakan. Bagaimanapun, menurut Hafiz mereka telah mengambil risiko dengan melaksanakan tetapan baharu terhadap motosikal tersebut. “Hari ini (semalam) cukup mengujakan. Kami telah melakukan pelbagai perubahan dan melakukan tetapan berlainan. “Di sesi pagi…

Litar Terlalu Panas Jejas Keadaan Tayar – Hafizh Syahrin

Hafizh Syahrin gagal mengutip mata dalam pusingan kedua di Litar Jerez semalam apabila terbabit dengan kemalangan dalam aksi Moto2. Hafizh merekodkan aksi cemerlang minggu lalu apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dan mengutip 10 mata. Bagaimanapun, keadaan litar yang terlalu panas telah memberi kesan terhadap pretasi tayar yang menyaksikan pelumba Aspar Team itu terjatuh…

Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu…

MotoGP: Karel Abraham Kekal Bersama Pull&Bear Aspar Team Untuk Tahun 2018

    Kedua-dua tempat bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team bagi musim 2018 telah disahkan setelah pengumuman mereka menandatangani Karel Abraham untuk satu lagi musim bersama pasukan MotoGP berkenaan. Kemunculan semula Abraham di grid MotoGPtelah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat setakat ini dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa berada di dalam kedudukan 10 teratas serta satu permulaan…

MotoGP: Alvaro Baustista Akan Kekal Bersama Aspar Bagi Musim 2018

Alvaro Baustista telah mengesahkan bagi musim 2018 dia akan terus berlumba bagi pasukan semasanya, Aspar Team. Penunggang kelahiran Sepanyol yang berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam separuh yang pertama musim 2017, dengan pencapaian tertingginya buat setakat ini di tempat ke-empat pada pusingan GP Argentina dan beberapa penamat sepuluh…