Arch Method 143 2018 – Motosikal Hiper Cruiser 2,343cc

Motosikal hiper cruiser terkini dari Arch Motorcycle Company telah datang dalam bentuk Arch Method 143 2018. Dijana oleh enjin raksasa S&S V-Twin 2,343cc, motosikal cruiser terbaru daripada syarikat Keanu Reeves ini dikatakan boleh menghasilkan kuasa melebihi 170hp. Hanya 23 buah unit sahaja yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia. Tiada berita mengenai harganya buat waktu ini.

Arch KRGT-1 2018 – Motosikal Super Cruiser 2,032cc Rekaan Keanu Reeves

  Motosikal Arch KRGT-1 2018 yang terkini telah diperkenalkan sewaktu EICMA 2017 dengan pelbagai pengemaskinian terbaru. Kemaskini yang dilakukan adalah termasuk penalaan halus kerja badan serta ergonomik, fork hadapan Ohlins, brek ISR, dan bermacam-macam lagi. Arch Motocycles telah ditubuhkan oleh dua orang pengasas dan salah seorang daripadanya adalah seorang bintang ternama Hollywood, Keanu Reeves.