Arch Method 143 2018 – Motosikal Hiper Cruiser 2,343cc

Motosikal hiper cruiser terkini dari Arch Motorcycle Company telah datang dalam bentuk Arch Method 143 2018. Dijana oleh enjin raksasa S&S V-Twin 2,343cc, motosikal cruiser terbaru daripada syarikat Keanu Reeves ini dikatakan boleh menghasilkan kuasa melebihi 170hp. Hanya 23 buah unit sahaja yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia. Tiada berita mengenai harganya buat waktu ini.