Aprilia mungkin menghentikan pengeluaran Shiver dan Dorsoduro susulan peraturan pengawalan emisi Euro5. Meskipun Aprilia masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi namun dengan kedua-dua model hanya mencapai standard Euro4 ketika ini, senario itu hampir pasti akan berlaku. Melainkan pengeluar motosikal Itali bercadang untuk menghasilkan enjin baharu bagi Shiver dan Dorsoduro. Bagaimanapun, ketiadaan ‘spyshot’ yang memaparkan Shiver…
Tag: Aprilia Shiver 900
Pereka cipta dari Itali, Oberdan Bezzi, telah mencipta motosikal Aprilia Tuareg 900 ini. Konsepnya adalah berdasarkan pada platform model Shiver 900/Dorsoduro 900. Pada ketika ini, Aprilia tidak mempunyai sebarang model dwi-sukan dalam rangkaian mereka.
Didi Resources Sdn Bhd (Aprilia Official Malaysia) telah melancarkan tawaran terkini mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Aprilia Shiver 900 2019. Ini merupakan model baharu pertama yang dilancarkan oleh mereka setelah mengambil alih tugasan menjaga jenama Itali premium ini di dalam negara bertempat di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
Terdapat lebih banyak kemaskini bagi model Aprilia Shiver 900 2019. Antaranya adalah ekzos baharu, ECU baharu, paparan TFT baharu, dan warna baharu. Adakah ia akan membuat kemunculan di Malaysia?