Treler filem terbaru untuk filem Ant-Man telah menampilkan satu kerjasama bersama Triumph Motorcycles. Beberapa buah motosikal Triumph Thruxton R dapat dilihat dalam treler berkenaan mengejar Ant-Man dan teman sampingan barunya, The Wasp. Filem Ant-Man yang baru ini akan ditayangkan pada bulan Julai 2018.