MotoGP: Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Berhijrah Ke Gresini

Pelumba LCR Honda, Alex Marquez dilaporkan akan meninggalkan LCR Honda hujung musim ini. Bekas juara dunia Moto2 itu didakwa telah membuat keputusan sertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing bagi musim 2023 dan akan bergandingan dengan Fabio Di Giannantonio. Marquez akan mengisi kekosongan ditinggalkan Enea Bastianini yang akan berpindah sama ada ke factory Ducati atau Pramac…

Saya Tengah Berbincang Dengan Aprilia, Honda, KTM Dan Yamaha – Alex Rins

Selepas Suzuki disahkan akan meninggalkan saingan MotoGP hujung musim ini, pelumba sedia ada, Alex Rins dan Joan Mir tiada pilihan selain perlu mencari makan di tempat lain musim depan. Dalam laporan terbaru, Rins dilaporkan sedang berbincang dengan empat pasukan lain bagi slot 2023. Rins mengesahkan pengurusnya sedang mengadakan perbincangan bersama Aprilia, Honda, KTM dan Yamaha…

Suzuki Tinggalkan MotoGP, RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia?

Terdapat dua berita mengejutkan hadir dari kem MotoGP baru-baru ini bermula dengan Suzuki yang dikatakan akan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2022 ini. Sementara itu, pasukan kendalian Razlan Razali, RNF Racing – yang dijenamakan semula daripada Petronas Sepang Racing Team (PSRT) – dikatakan akan menjadi pasukan satelit bagi Aprilia, meninggalkan Yamaha. Suzuki Tinggalkan…

MotoGP: Enea Bastianini Menang Di COTA, Marc Marquez Curi Tumpuan

Enea Bastianini menampilkan aksi cemerlang di GP Amerika apabila berjaya mengungguli pusingan kelima MotoGP, pada Ahad. Pelumba Gresini Racing itu juga muncul pemenang berganda pertama musim ini selepas mendominasi GP Qatar, Mac lalu. Keputusan itu juga menyaksikan Bastianini kembali mendahului kejuaraan dengan 61 mata, diikuti Alex Rins (56 mata) dan Aleix Espargaro (50 mata). Bastianini…

MotoGP: Suzuki Ecstar Lancar GSX-RR 2022 Pada 4 Februari Ini Di Sepang

Suzuki Ecstar bakal merasmikan pasukan MotoGP bagi saingan musim 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Februari ini. Pelancaran tersebut dijadualkan akan berlaku pada jam 5 petang di SIC di mana dua pelumba tonggak, Joan Mir dan Alex Rins akan mendedahkan jentera Suzuki GSX-RR 2022. Menariknya, pelancaran pasukan Suzuki bagi musim 2022 itu juga…

MotoGP: Alex Rins Terlepas Aksi GP Catalunya, Terbabit Kemalangan Berbasikal

Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins, tidak akan terlibat dengan saingan di GP Catalunya hujung minggu ini ekoran terbabit kemalangan. Rins seakan tidak dapat dipisahkan dengan kemalangan beberapa minggu ini apabila terbabas dalam empat pusingan berturut-turut setakat ini di Portugal, Sepanyol, Perancis dan Itali. Terbaru, pelumba berusia 25 tahun itu akan terlepas aksi di laman sendiri…

MotoGP: Joan Mir Kekal Bersama Suzuki Hingga 2022

Suzuki akan terus mempertaruhkan Alex Rins dan Joan Mir selepas kedua-duanya menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022. Mir mengesahkan tempatnya bersama Suzuki selepas Rins turut membuat keputusan sama minggu lalu. “Saya mengumumkan bahawa akan kekal bersama Suzuki bagi musim 2021 dan 2022. “Kami telah mempamerkan kemajuan setiap kali ujian jadi saya yakin kami berpotensi besar. “Sasaran…

Alex Rins Setia Bersama Suzuki Hingga 2022

Alex Rins akan terus kekal bersama Suzuki Ecstar untuk dua musim lagi setelah menandatangani kontrak sehingga 2022. Meskipun MotoGP musim 2020 masih terumbang-ambing susulan pandemik Covid-19 namun itu tidak menyekat Rins untuk terus setia bersama pasukannya sejak 2017. Meskipun musim pertamanya dipalit kecederaan namun dia mula bangkit dan pamer keputusan cemerlang. Tahun lalu, Rins berjaya…