Pelumba LCR Honda, Alex Marquez dilaporkan akan meninggalkan LCR Honda hujung musim ini. Bekas juara dunia Moto2 itu didakwa telah membuat keputusan sertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing bagi musim 2023 dan akan bergandingan dengan Fabio Di Giannantonio. Marquez akan mengisi kekosongan ditinggalkan Enea Bastianini yang akan berpindah sama ada ke factory Ducati atau Pramac…
Tag: Alex Marquez
Juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo menyifatkan Alex Marquez layak berada di pasukan Repsol Honda selepas kejayaan di Aragon, semalam. Marquez merekodkan tempat kedua berturut-turut seminggu selepas aksi mantap di Le Mans. Kejayaan Marquez turut mendapat pujian tiga kali juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo yang memaklumkan bahawa adik Marc Marquez itu layak berada di…
Pelumba Ducati, Danilo Petrucci merekodkan kemenangan pertama musim ini di GP Perancis meskipun beraksi dalam keadaan litar basah. Hujan turun dengan lebat sebelum aksi bermula dan berterusan hingga pertengahan perlumbaan. Nobody can begrudge @Petrux9 this! ? The @ducaticorse rider puts his tough 2020 behind him with a masterclass in horrendous conditions! ?#FrenchGP ?? pic.twitter.com/DrQ2nrVpUU —…
Selepas pelbagai nama dicanang akhirnya Repsol Honda membuat keputusan untuk menamakan Alex Marquez selaku pengganti Jorge Lorenzo bagi musim 2020. (Alex) Marquez, juara Moto2 musim ini telah diangkat sebagai pilihan utama berbanding Johann Zarco dan Cal Crutchlow susulan pengumuman persaraan Lorenzo, minggu lalu. Gabungan dua beradik Marquez ini ternyata bakal membawa imej berlainan buat Repsol…
Ketika rata-rata berpendapat Johann Zarco sebagai calon sesuai untuk menggantikan Jorge Lorenzo di Repsol Honda musim depan, Aleix Espargaro berpendapat sebaliknya. Pelumba Aprilia Racing, Espargaro berpendapat Alex Marquez sebagai calon yang lebih baik untuk digandingkan dengan Marc Marquez musim depan. “Jika Honda membuat keputusan untuk mengambil Alex, saya rasa itu keputusan yang baik. “Saya akan…
Setelah mengumumkan akan bersara hujung musim ini, Jorge Lorenzo mendedahkan tiga nama telah dicanang akan mengisi tempatnya di Repsol Honda musim depan. Lorenzo mendakwa Cal Crutchlow, Johann Zarco dan pelumba Moto2, Alex Marquez antara calon yang sedang dipertimbangkan ketika ini. Menurut laporan Crash.net, Lorenzo menyifatkan ketiga-tiga pelumba menawarkan sumbangan yang berbeza. “Cal (Crutchlow) merupakan pelumba…
Pendahulu kejuaraan Moto2, Alex Marquez tidak akan ke MotoGP musim depan apabila bersetuju untuk kekal bersama Marc VDS di Moto2. Difahamkan, Petronas SRT Moto2 telah pun membentangkan tawaran bagi pelumba berusia 23 tahun itu tetapi urusan tersebut tidak menjadi ekoran Yamaha keberatan untuk menyerahkan slot dalam pasukan satelit musim berikutnya. “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa…
Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif bagi kelas Moto2 pada tahun 2019. Para pasukan Moto2 telah mula menguji enjin baharu tersebut. Enjin tersebut berasaskan pada enjin inline-Triple yang ada pada model Street Triple RS.
Penunggang Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia), telah berlumba dengan jayanya, merangkul penamat podium keduanya dari tiga perlumbaan yang lepas. Alex Marquez (EG 0,0, Marc VDS) yang muncul juara perlumbaan di pusingan Motul Grand Prix of Japan di Litar Twin Ring Motegi yang amat basah disusuli oleh Xavi Vierge (Tech 3 Racing). Franco…